Program Apresiasi Pemimpin dan Sukarelawan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2019
Nama program : Program Apresiasi Pemimpin dan Sukarelawan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Peringkat Daerah Melaka Tengah 2019
Tarikh : 9 Februari 2019 (Sabtu)
Tempat : Bukit Baginda Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pada 9 Februari 2019, seramai 18 orang pelajar dari PIC bersama sebahagian pelajar dari Kolej Cosmopoint dan Kolej Professional MARA (KPM) cawangan Bandar Melaka telah berjaya menawan Bukit Baginda di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rombongan seramai 40 orang ini mula bergerak seawal jam 4.30 pagi dari Melaka dan tiba kira-kira pukul 6.30 pagi di lokasi. Pendakian bermula pada jam 8.30 pagi dan kumpulan pertama yang tiba di puncak adalah pada pukul 10.30 pagi. Segala program berjalan lancar dan sebelum bergerak balik ke Melaka, para peserta telah bersantai di Jeram Tengkek. Pada pukul 7.30 petang, kesemua peserta telah selamat tiba di Melaka.











