MONDAY, 19/08/2019 | 01:06 GMT+8 中文
You're here: /

Program Rakan Muda Kreatif (Penjelajahan Lasak) di Taman Ekstrem Tasik Chinchin.

AYER KEROH 24 Julai – Seramai 80 peserta Pingat Gangsa Anugerah Remaja Perdana (ARP) telah menyertai Program Rakan Muda Kreatif (Penjelajahan Lasak) di Taman Ekstrem Tasik Chinchin.

Program selama dua hari itu telah bermula pada 21 Julai lalu dan telah disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Melaka Tengah, Norazlin Sarun.

Kesemua peserta terlibat merupakan para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), antaranya pelajar Kolej Antarabangsa Putra @ Putra International College , Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) dan Kolej Cosmopoint

Norazlin dalam ucapan ringkasnya berkata, program berkenaan membuka peluang kepada peserta untuk menyertai pelbagai acara menarik di luar kelas dalam memupuk nilai murni.

“Pelbagai aktiviti telah disertai dan mampu meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah diri, jati diri, disiplin dan paling utama memupuk perpaduan dalam kalangan peserta yang terdiri dari lapisan kaum,” katanya.

Seramai 24 orang peserta daripada Kolej Antarabangsa Putra turut terlibat secara langsung sama ada sebagai Urusetia ataupun peserta program. 11 orang pelajar terdiri daripada calon Anugerah Emas - Anugerah Remaja Perdana manakala selebihnya adalah calon bagi Anugerah Gangsa.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Azreen Abd. Aziz.

#putrainternationalcollege
#melaka
































  • Email: study@iputra.edu.my
  • Phone: +6(06) 231 6826
  • Fax: +6(06) 231 7537
  • Address: Lot 1838, Jalan Tasik, Mukim Bukit Katil, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia